birdies

Thursday, September 26, 2013

setakat menangis.
setakat rasa sakit sorang2 dah biasa...
sakarang dah tak tahu..
perlu ke menangis utk sesuatu yg bukan milik kita??
takpe..
aku ada DIA..
tempat mengadu segala duka. segala cerita...
DIA ada saat tiada telinga manusia yg mampu mendengar luahan rasa ini.
DIA ada saat mulut tak mampu meluah kata..
DIA ada mendengar saat bibir melakar senyum walau hati terobek luka 
mungkin kadang2 rasa jauh dari manusia itu mendekatkan diri kita kembali padaNYA
kenal makhluknya...untuk ingatkan kita agar kembali kepadaNYA
DIA tahu hambaNYA lemah tanpa KASIH dariNYA...
tabah lah hati ni...
moga ALLAH REDHA kan hati ni.
melepaskan sesuatu yg menghalang hati ini drp tenang utk mengingatinya.
ALLAHUAKBAR.
SABAR, TAWAKKAL
sesungguhnya DIA sentiasa ada untuk HAMBANYA.

^_^

Friday, September 20, 2013

JOURNEY



When the journey is long,
and you are with your loved one,

There’s nothing better to do other than talking about some sweet old memories.
It would make the journey shorter,
The love sweeter,

And the heart to flutter like the first time you fell in love with each other.

-P2U.

Saturday, May 11, 2013


Cikgu...
anda insan yg kami hormati...
anda insan yg mendidik kami...
anda sangat2 kami sanjungi....
anda banyak berjasa pada kami2 anak didik...
banyak ilmu yg cikgu curahkan buat kami...

Tapi...
hari ini...
kami, anak2 didik cikgu....
kami semua terSENTAP dengan Status FB cikgu...
status yg berbaur FITNAH...
SubhanALLAH...
mana silapnya...
kami anak didik cikgu...
ada yang rasa hilang hormat terhadap cikgu...
melihat, membaca, menilai...
status yg berbaur fitnah buat ULAMA'
Ya Allah...
siapa cikgu...siapa saya nk pertikaikan rezeki yg ALLAH bagi buat hambanya...
lebih2 lagi rezeki yg ALLAH kurniakan buat ALIM ULAMA' sepertinya...
mempertikaikan, seolah2 menuduh hasil kemewahan itu dtg drp WANG RAKYAT.
sungguh SINIS bila cikgu menulis

Ketam ajar anak berjalan dgn sabda n sunnah nabi, alangkah bagus ketika fitnah terhadap pemimpin dibaca sabda tersebut kp pengikut ini diapi2kan Subhanallah

Yg berniaga pun tunggu rakyat mari beli, yg ceramah tunggu rakyat yg derma, yg memimpin tunggu rakyat byr cukai

Terfikir bile masjid penuh limpah pada malam2 tertentu nak kate malam lailatulqadar pun bukan, biasa solat 5 waktu dok dpt pun 5 saf tp malam tu ramai oo ade majlis ilmu UAI

Pergi masjid kerana Allah atau? 

siapa kita utk mempersoalkan ...???

jangan kerana fahaman POLITIK yg berbeza...
Dosa Pahala kte tolak tepi...
satu saya pinta...
jangan hina ALIM ULAMA'
jgn smpai Umat Islam sesama Islam berpecah..
tuduh menuduh..
maki-memaki...
fitnah-memfitnah..
bukan itu yg AGAMA ISLAM kita ajar....

~WALLAHUALAM~


YA ALLAH...doaku hari ini, moga Umat Islam bersatu...
moga hati2 dan mulut2 mereka yg menghina, BERHENTI!!!
DUNIA AKHIR ZAMAN> ingatlah JANJI IBLIS yg ingin melihat HAMBA ALLAH berpecah belah, menyesatkan kita sehingga HARI KIAMAT.

moga ALLAH bukakan hati2 mereka...
diampunkan dosa2 atas khilaf mereka...
aamiin.






Thursday, May 9, 2013

DILEMA WANITA....


Susahnya jadi perempuan.

[1] Bila kahwin awal, orang kata dah gatal sangat nak menikah.

"Eh, anak si polan yang nak menikah tu umur berapa?"

"Baru lepas SPM"

"Ish, dah sangat sangat nak menikah agaknya."

[2] Bila kahwin lewat, orang kata tak laku pula.

"Anak si polan tu belum menikah lagi?"

"A'ah, belum lagi. Umur dah bla bla..."

"Itulah, dulu memilih sangat."

[3] Bila mas kahwin rendah, orang kata 'mesti ada apa-apa'.

"Berapa mas kahwin si polan tu?"

"RM 1000 aje."

"Eh, murahnya. Ni 'mesti ada apa-apa'.

[4] Bila mas kahwin tinggi, orang kata jual anak.

"Berapa mas kahwin si polan?"

"RM 20, 000."

"Mak ai, tingginya. Macam jual anak!"

[5] Bila kerap hamil.

"Orang rumah (isteri) dah sarat, tengah tunggu hari nak bersalin."

"Eh, bukan ke baru lagi bersalin? Nak bersalin pula?"

[6] Bila tak hamil-hamil.

"Eh, belum ada anak lagi ke si polan tu?"

"Belum ada rezeki lagi."

"Mandul agaknya tu."

Subhanallah! Itu salah, ini salah. Serba salah orang perempuan ni ye. Sebab tu mana-mana perempuan yang solat 5 waktu (fardhu), berpuasa (Ramadhan), menjaga kemaluan, mentaati suami maka dia mudah masuk Syurga.

[Ustaz Kazim Elias]

---

Tersenyum.

Mana-mana yang belum menikah, maka taatilah ibu bapa sebagai ganti "suami" di dalam hadith tersebut. InsyaAllah, mudah-mudahan menjadi ahli Syurga biarpun selalu 'serba tak kena' di mata manusia


p/s: kalau kita hidup semata2 takut pada mulut2 manusia yg mengata...rasa2nya kita dh x jadi manusia kot ari ni...  peace  ;)

Sunday, April 21, 2013

16th APRIL 2013


cont....

hari ini hari lahirmu,
hari ini bertambah lagi usiamu,
hari ini akan bertambah jua tanggungjawabmu
hari ini akan menjadikn dirimu lebih mtg,
hari ini akan menjadi saksi ketabahan dirimu mengharungi onak duri,
hari ini Allah memendekkan lagi jarakmu dengannya,
semakin berkurang tempoh untuk beramal,
semakin kubur mempersiap tempat untukmu,
semakin bersedia malaikat maut datang menjemputmu,
semakin dekat masa amalan diperhitung,
dan semakin hampir haruman firdausi atau azab jahanam....

 (FatinNajwa, 16/4, 12:05am)



Ya Allah...
doaku...
semakin bertambahnya usiaku..
semakin bertambah iman dalam diriku..
semakin bertambah sayangku terhadapMU dan RasulMU...
semakin bertambah sayangku kepada kedua ibubapaku, keluargaku, saudara2ku, sahabat2ku, guru2ku....
Ya Allah...
semakin bertambah usiaku...
kau tabahkan hatiku, tambahkan kasih-sayang dalam diriku...
bertambahnya usiaku...
kau berikan yg terbaik untuk diriku...
kau jadikanlah aku hamba yg taat kepada suruhanMU...
hamba yg sayang, taat dan kasih kepada kedua ibubapanya...
yg membahagiakan mereka...
yg sering mendoakan mereka usai solatnya...
jadikan aku anak yg solehah utk kedua ibubapanya...
kau kurniakanlah aku kejayaan dalam setiap perjuanganku..
dalam pelajaranku..dalam setiap apa yg aku lakukan.
kau permudahkan segala urusanku di dunia dan insyaAllah di akhirat kelak..
kau kurniakanlah aku jodoh yg baik...
yg sama2 membimbing dan berjuang keranaMU
insyaAllah...kau jadikanlah aku bakal ibu kepada pejuang2 agamaMU..
Ya Allah...
kurniakanlah yg terbaik buatku, ibubapaku, keluargaku, guruku, sahabat2ku...
kau pelihara mereka disaat aku jauh dari sisi mereka.
moga hati ini sentiasa subur dengan CINTAMU...sentiasa bejuang kearah kebaikan.
Aamiin.


muka 21..hehe. ~promotemilktea~
ps: mood segunung assignment, quizes. proud to be ME..!! boleh dan masih buat rilex je.  =)

16th APRIL 2013

Assalamualaikum W.B.T...
dah lama x update...
dah lebih sebulan....  (^_^)
sibuk dan takde idea nk tulis apa. huhu
tapi entry ni juz nk update sbgai penghargaan buat keluarga dan kawan2 yg wish birthday ari tu.
terima kasih dan aamiin utk semua doa2 drp kamu semua.

16 APRIL...
my BORN DAY!!!
Alhamdulillah...
dah cukup umur 21...
wahhhhh....dah besarrr.
wink2.
kira dah lepas nk kawen kan2...??  =_+
Pertama2nya..
terima kasih utk segala
ucapan selamat...
terharu dengan segala ucapan dan doa drp keluarga, drp kawan2...
hadiah dari kawan2.
the most significant gift from ALONG. <3 br="">
ada yg blnja mkn, bagi eskrem,bagi kek jugak...
syukur sangat2.
murah rezeki hari tu.
terharu kejap. ~lapairmata~ (T_T)

Tapi sedih jugakk..
sbb takde kat rumah masa birthday ni.
kalau tak mesti makan besar ngan family sume.
hurrmmm...
tapi, takpe lah...
ayat2 dlm kad ni...x tau nk ckp pe..  =D
nanti bila2 boleh celebrate jugak kan, x payah tggu hari lahir pn...
call ma n borak lama2 pn dah cukup wlpn hati teringin nk balik, nk pandang wajah mak ayah depan2.

Dalam gembira dan sedih...
ada satu benda yg kte sedar masa tu...
kawan2 yg jarang kte contact, yg jarang dan dh lama x jmpe hantar mesej dgn ucapan selamat...
dengan nasihat dan doanya...
thanks awak2. terharu sangat.
~sengetkepala~ ni siap dgn gmbr lagi..thanks
betul la kata org..
kawan sejati adalah dia yg tak perlu selalu berborak...
yg tak perlu jumpa tiap2 hari..
tapi masih sama2 tahu dan masih jadi 'BFF'...
dan yg pasti dia yg selalu ada dlm hati kita kann....
dia selalu ingat tarikh 16 April ni...
Moga persahabatan kte LILLAHITAALA.
kekal dunia akhirat.....







Wednesday, March 13, 2013

Dia...

Subhanallah...
sungguh..
hati ini tidak merasa rindu..
rasa sayang, jauh sekali..
tapi hati ini menginginkan dia...
menginginkannya menjadi yang halal buatku.
kata ustaz Don..
kalau rindu baca Al-Fatihah.
tekapkan tangan ke dada.
berzikir.
moga dia turut merasa apa yang kita rasa...
sungguh, saat melakukannya..
detak jantung mula kurasa berdetak dengan irama yang tenang...
moga-moga dia turut merasainya.
insyaAllah..
Aku yakin denganNYA.

we try our best..Allah do the rest. <3 td="">


p/s: aku mencari dia, bkn utk dunia, bkn utk sehari, tapi untuk akhiratku, utk selamanya. insyaAllah.
moga sampai masanya Allah temukan kami.