birdies

Monday, January 21, 2013

No "HEART" Feeling

kita kenal..
kita jadi kawan.
ikhlas berkawan dgn awk
tapi saya harap.
awak tak salah faham dgn persahabatan kita.
saya anggap awk mcm kwn saya yg lain-lain.
saya harap jgn ada perasaan selain drp kawan.
saya takut
bila perasaan kawan tu bertukar.
kita mula jadi janggal.
sampai satu masa.
kita da tak boleh jadi kawan mcm dulu-dulu.
saya harap awak faham.  
( ^__^ )

life & appreciation



everything happens for a reason .

people change so that you can learn to let go .

 things go wrong so that you appreciate them when they're right . 

you believes lies so eventually you learn to trust no one but yourself (:



cc: sfs

~hamba makanan~

CUTI>>>CUTI>>CUTI

bila ada kat rumah lama2.
mula jadi hamba makanan.
setiap hari entah byk mana aku sumbat perut ni...
sampai bunsiiittt x hengat dunia..
~haha~
makan nasi entah bape kali sehari.
bangun pagi..
makan makanan berat da.
tengahari..
makan nasi.
petang makan lagi..
malam makan lagi..
aduhaii...
usus aku da start membesar balik.
mcm mne la nk maintain kurus kalau mcm ni cara makannya.
nanti da balik UIA.
jgn la perut buat hal.
sbb waktu mkn mmg x teratur.
kadang mkn. kadang x.
mintak2 sume oke.
Anywayyy....
enjoy this holidayyy.
YAhuuuuuuuuuuu.....



=> seronok cuti, seronok isi perut, seronok tambah lemak...tapi baju org x siap jahit lagi. Ngeri !!  (=__=")

Saturday, January 12, 2013

~TEMANI DAKU....~

 Persahabatan...
antara kamu aku dan mereka...
takkan pernah berakhir.
walau hati kita pernah rasa sakit.
tapi hati-hati ini juga sedang belajar..
belajar erti kesabaran dan erti ketabahan..
mula muhasabah balik baik buruk diri masing2.
cinta pada ALLAH makin utuh.
DIA lah teman saat duka. saat gembira.

mungkin kamu sedang rasa kecewa, rasa tertipu, rasa luka.
aku juga begitu.
mungkin sakit itu lebih teruk dari kamu dan mereka.
kerana diri ini hanya meluahkan rasa sakit itu pada DIA yg SATU.
tapi kamu dan mereka..ada yg sudi mendengar, berkongsi sakit itu...
aku?? mengutip kembali sisa2 ketabahan dan berusaha utk bangkit sendiri.
DIA pinjamkan aku ketabahan, kesabaran dalam menghadapi dugaan yg tak terduga ini.
DIA menemani saat lena dan jagaku.
mendengar setiap keluh kesah hatiku.
mendengar setiap runtun hatiku.
meniup rasa tenang itu ke dalam hatiku.
Alhamdulillah. aku tak pernah rasa sunyi.

Sekarang jarak ini....
mungkin jarak ini adalah yg terbaik buat kita utk sementara waktu.
tapi jarak ini bukan bererti kita takkan jadi seperti dulu.
ingatlah kata2 ku dulu...
sekali aku ungkapkan sayang dlm persahabatan...
ia akan kekal sampai nyawa terpisah dari jasad ini..
mungkin aku berdiam diri.
mungkin aku tak bereaksi utk memulakan bicara utk menamatkan jarak antara kita.
tapi hati ini tak pernah lupa menyebut nama kamu dan mereka.
tak pernah terlupa utk mendoakan kamu dan mereka.
kamu akan sentiasa dihati ini..begitu juga utk mereka.
hati ini telah aku khaskan buat kamu dan mereka.
biarlah aku dipandang tamak.
aku rela andai aku tak rasa kehilangan.
mereka mengungkapkan kata maaf. 
aku terima dgn hati terbuka.
syukur dgn dugaan Allah.
tapi andai tempat aku dulu sudah ada watak baru..
aku tumpang gembira, wlpn jauh di sudut hati aku terkilan.
takpe. mungkin itu yg terbaik antara kita. 
salam beribu kemaafan. 
andai mampu utk aku memaafkan. begitu juga kamu dan mereka.


p/s: mungkin sedikit terkilan kerana keikhlasan diri diragui. namun hati ini tetap utk pertahankan 
persahabatan ini. aku tahu dan aku tak serik. tapi aku hanya melihat kata2 mu, tanpa melihat usahamu. argghhhh. aku letih ( ~_~ ) 
selamat bercuti, jumpa semester depan andai masih sudi utk menjadi seperti dulu.


Friday, January 11, 2013

Kembali.

YA ALLAH....
Hari Jumaat..
moga hari ini menjadi satu permulaan yg baru utk hidup ini.
terlalu penat mengharungi dugaan ini.
terlalu penat utk menangis lagi.
tiada tempat utk berkongsi rasa.
saya tak mampu mencari seseorang yg mampu buat saya yakin dia mampu utk memahami rasa ini.
hanya pada Allah saya curahkan segala rasa.
mungkin org lain bole menjadi tabah dengan sokongan sahabat.
tapi saya dah hilang sume tu.
yang tinggal hanya sahabat yg setia
sentiasa bersama wlpn bukan sentiasa di sisi.
sahabat yg sudah bersusah senang dgn saya bertahun2.
mungkin saya tak sedar.
ada kebahagiaan yang saya tinggalkan utk mencari kebahagian
mereka lebih menghargai saya.
wlpn kadang2 saya terlupa mereka wujud dlm hidup saya.
insyaAllah.
saya akan jadi lebih tabah.
"Innallaha ma'as sobirin."





mood: not feeling well. wanna go home. i'm sick.

Thursday, January 10, 2013

SEKALI LAGI HATI TERLUKA

saya tahu saya bukan kawan yg baik...
tapi saya berusaha utk jadi sahabat yg baik...
saya cuba utk jaga hati semua org...
tapi apa yg saya dapat???
sekali lagi saya berserah pada Allah.
kalau saya diberi pilihan..
saya tak nak berada ditengah2 dua pihak.
saya tak pernah mintak semua ni jadi.
saya nak jaga hati semua org..
tapi apa yg saya dapat??
persahabatan bermula dari Cfs hancur mcm tu je...
seolah2 saya yg dipersalahkan.
itu yg saya rasa.
bila saya diminta utk jujur.
saya cuba.
bila saya diminta utk berjanji.
saya pegang janji tu.
bila diminta utk memberi peluang.
saya bagi.
tapi akhirnya hancur lagi.
bila masalah yg tak pernah selesai antara korg.
saya yg tersepit ditengah2.
terima kasih.
banyak saya belajar skrg ni.
mmg org takkan hargai apa yg kita buat.
tapi saya tahu Allah sayang saya. Allah hargai apa yg saya buat.
takpe. biar sakit tu saya tanggung sendiri.
saya dah terbiasa.
bukan sekali.
dah berkali-kali.
terima kasih sahabat. membuat saya tersenyum, ketawa, belajar utk jadi diri sendiri.
tapi jangan persoalkan Keikhlasan saya lagi.

Tuesday, January 8, 2013

Cinta atau Nafsu??

Cinta awak tu cinta kerana Allah ke cinta nafsu???

SEMALAM....
Mata ni disajikan dgn pemandangan yg kurang enak. 
sepasang manusia yg berlainan jantina..
dengan GAYA dah NIKAH....
duduk sebelah menyebelah...
si Hawa mendekatkan muka ke arah si Adam...
amik bau badan...
sesi si Hawa memujuk si Adam
then si Adam dgn selambanya ckp "jap g kene mandi wajib lagi"
then si Hawa membalas "bkn pempuan pn smpai nk kene mandi wajib tiap2 hari"
ALLAHUAKBAR
Takutnya melihat sesuatu seperti itu..
Takutnya mendengar sesuatu seperti itu...

APAKAH MAKSUD DI SEBALIK KATA2 SI ADAM dan HAWA itu????

Ya Allah...
dorg sedar tak dorg tu ISLAM???
dorg sedar tak apa yg dorg ckp tu???
dorg sedar tak kat mana dorg berada?

dorg tu belum HALAL antara satu sama lain.
wlpn both parents dah restu...
tpi tu bukan tiket utk awak berdua bereaksi mcm tu tau..
yang sangat terkilan sbb mereka berdua dtg dari very islamic' background family.
yg lidah mereka sering basah dgn menghafal ayat2 suci al-Quran
mungkin inilah yg dikatakan CINTA DUNIA
penangan cinta buat dorg buta..mengHALALkan yg HARAM
bila kte ckp kias2 still tak faham tu...
kte sgt harap dorg cepat2 kahwin..
jalan utk halalkan apa saja yg dorg nk buat.
kte sangat takut bila melihat mereka yg dulu teguh imannya..
paling besar menerima dugaan daripada Allah.
ALLAHURABBI...
takut andainya Allah murka...menarik hidayah yg ada pada mereka.
semoga mereka SEDAR & BERTAUBAT. Aamiin.


P/s: HIDAYAH ITU MILIK ALLAH...
BERTAUBATLAH ANDAI TERBABAS DALAM LANGKAHMU...
JANGAN TUNGGU SEHINGGA ALLAH PALINGKAN MUKA DARIPADA KITA DAN TARIK BALIK HIDAYAH TU.!! NAUZUBILLAHIMINZALIK.



Saturday, January 5, 2013

WHAT IS THE "LOVE" ???



WHAT IS THE "LOVE" ???
Love's definition- 
Is combination of emotions, cognition and behaviors that often plays a crucial role in intimate relationship.

ORIGIN??
Western perspective:
No one knows for sure...
Evolutionary- ensuring reproductive success..
Biological- fulfill lust & interpersonal commitment

Islamic perspective:
naturally inborn
gift from Allah to His creation
even for animals
Love towards Allah
Love towards Prophet Muhammad 
Love towards human
Love towards wealth
Lots of Quranic Ayat mentioned about Love.

Friday, January 4, 2013

REZEKI cuti SEMESTER

REZEKI
ALHAMDULILLAH....
semester 2 hampir ke penghujungnya...
Tadi Kak Fatin Aliyyah msj n call.
cakap Roomate dia nk tempah baju...
5 pasang pulak tu.
kte terpikir2, sempat ke nk siapkan dlm masa kurang 3 minggu tu??
Then terus call Ma tanya...
Ma cakap sempat. 
so, kte On je la order tu...
dah rezeki kan..
tergelak je masa cakap  ngan Ma tadi.
ntah pape kan...
syukur la.
so, ada jugak keje cuti nanti..
bertambah duet poket.
( ^____^ )


Mode: petang/ ngantuk/ guruh tanda nk hujan.

Wednesday, January 2, 2013

<< KHABAR ITU >>


SUBHANALLAH…ALHAMDULILLAH….

Alhamdulillah…sbb hari ni da lepas satu paper. Wlpn baru satu paper, terasa sgt kurang beban tu.

Alhamdulillah…sbb hari ni adik kte da masuk 18 tahun. Wlpn kte lupa nk wish awal2 birthday dia sbb bzi study. Sungguh x ingat smpai lah malam buka FB kejap. Then terus call dia. Sorry dik. (^_^)
Tahniah jugak, sbb dah mampu menjadi IMAM JUNIOR family kita, ikut jejak langkah Ayah kita.

Alhamdulillah jugak sbb akak kte call kte tadi…

Tapi berita yg dia bgtau separuh hati gembira, separuh hati sedih.

Berita gembira sbb abang kita dah mampu jadi pembimbing sebuah keluarga. Menjadi IMAM buat anak2nya. Juga buat isterinya…kalau dulu, jujurnya kalau kte cerita bukan lah nk buka aib keluarga sendiri. Demi Allah. Biarlah dijadikan iktibar buat kita hambaNYA. Dulu abg kita amik remeh pasal solat, tampak jelas kurang wibawa utk menjadi seorang KETUA keluarga. Tapi dia x pernah lupakan keluarga, x pernah amik mudah pasal anak2 dia. Cuma yg kita lihat sebelum ni dia kurang mendalami agama dan menggunakan agama utk membentuk sebuah keluarga.

Hari ni kte dengar akak kte yg duk Johor cerita yg abg kita dah mula berubah….Subhanallah, Syukur Alhamdulillah…inilah yg kami semua tunggu2 selama ni. Dia sangat menjaga solatnya…menjaga solat anak2nya. Isterinya….Hari ni dia dah mampu jadi IMAM utk keluarganya….SYUKUR padamu. Kte sampai menangis KESYUKURAN. Inilah hadiah paling bermakna bagi kami semua. Dia sanggup balik rumah dari tempat kerja (kerja ikot shift) waktu subuh semata2 nk kejutkan anak2 utk solat subuh dan dia sendiri solat berjemaah dekat Surau. BAlik tiap waktu solat utk make sure anak2 dah solat ke belom.Then suruh mak kita belikan kain batik n kain pelikat utk dia dan isteri. (kalau lah awak semua boleh rasa apa yg kita rasa skrg nih, YA ALLAH, Bahagia sangat )

Then akak kte yg kt johor tu cakap lagi, kita lahir dalam agama, seburuk mana pn kte, sejahat mana pn kita…bila kita nk cari ERTI SEBENAR KETENANGAN kte akan berbalik semula kepada FITRAH kita sebagai hamba Allah. FITRAH mencari TUHAN sebenar. Dia ckp lagi yg “jangan menghina permulaan seseorang, sebab pengakhiran dia mungkin lebih baik dari kita” ALLAHUAKBAR. Then kte call Ma kte, dia cakap yg Allah akan bagi hidayah kat siapa yg DIA sayang….sekarang kte dah melihat KASIH ALLAH tu….beribu kali ucapan syukur terlahir di dalam hati ni.

TAPI khabar sedih tu sbb penyakit Alzheimer ayah kte dah nampak kesannya….tambahan ayah kte penghidap Diabetes….SEdih sangat. Ayah yg selama ni jadi IMAM buat kami anaknya, menjadi BILAL di masjid…..tiba2 diuji oleh ALLAH. KAmi Redha. Ini lah Kasih Allah kepada hambanya. KAmi sebagai anak InsyaAllah mampu utk menjaganya. Moga Ayah kte kuat utk menunaikan Haji dlm masa terdekat nih….mohon doa kalian. Moga kesihatan ayah kita membaik. KAMi adik beradik sentiasa mendoakan yg terbaik buat ma ngan pak. insyaAllah, dengan ujian yg sedikit ini menambahkan Iman kami semua. Amin.

MODE: bercampur. SEDIH, GEMBIRA  <3 p="p">