birdies

Thursday, September 26, 2013

setakat menangis.
setakat rasa sakit sorang2 dah biasa...
sakarang dah tak tahu..
perlu ke menangis utk sesuatu yg bukan milik kita??
takpe..
aku ada DIA..
tempat mengadu segala duka. segala cerita...
DIA ada saat tiada telinga manusia yg mampu mendengar luahan rasa ini.
DIA ada saat mulut tak mampu meluah kata..
DIA ada mendengar saat bibir melakar senyum walau hati terobek luka 
mungkin kadang2 rasa jauh dari manusia itu mendekatkan diri kita kembali padaNYA
kenal makhluknya...untuk ingatkan kita agar kembali kepadaNYA
DIA tahu hambaNYA lemah tanpa KASIH dariNYA...
tabah lah hati ni...
moga ALLAH REDHA kan hati ni.
melepaskan sesuatu yg menghalang hati ini drp tenang utk mengingatinya.
ALLAHUAKBAR.
SABAR, TAWAKKAL
sesungguhnya DIA sentiasa ada untuk HAMBANYA.

^_^

Friday, September 20, 2013

JOURNEY



When the journey is long,
and you are with your loved one,

There’s nothing better to do other than talking about some sweet old memories.
It would make the journey shorter,
The love sweeter,

And the heart to flutter like the first time you fell in love with each other.

-P2U.

Saturday, May 11, 2013


Cikgu...
anda insan yg kami hormati...
anda insan yg mendidik kami...
anda sangat2 kami sanjungi....
anda banyak berjasa pada kami2 anak didik...
banyak ilmu yg cikgu curahkan buat kami...

Tapi...
hari ini...
kami, anak2 didik cikgu....
kami semua terSENTAP dengan Status FB cikgu...
status yg berbaur FITNAH...
SubhanALLAH...
mana silapnya...
kami anak didik cikgu...
ada yang rasa hilang hormat terhadap cikgu...
melihat, membaca, menilai...
status yg berbaur fitnah buat ULAMA'
Ya Allah...
siapa cikgu...siapa saya nk pertikaikan rezeki yg ALLAH bagi buat hambanya...
lebih2 lagi rezeki yg ALLAH kurniakan buat ALIM ULAMA' sepertinya...
mempertikaikan, seolah2 menuduh hasil kemewahan itu dtg drp WANG RAKYAT.
sungguh SINIS bila cikgu menulis

Ketam ajar anak berjalan dgn sabda n sunnah nabi, alangkah bagus ketika fitnah terhadap pemimpin dibaca sabda tersebut kp pengikut ini diapi2kan Subhanallah

Yg berniaga pun tunggu rakyat mari beli, yg ceramah tunggu rakyat yg derma, yg memimpin tunggu rakyat byr cukai

Terfikir bile masjid penuh limpah pada malam2 tertentu nak kate malam lailatulqadar pun bukan, biasa solat 5 waktu dok dpt pun 5 saf tp malam tu ramai oo ade majlis ilmu UAI

Pergi masjid kerana Allah atau? 

siapa kita utk mempersoalkan ...???

jangan kerana fahaman POLITIK yg berbeza...
Dosa Pahala kte tolak tepi...
satu saya pinta...
jangan hina ALIM ULAMA'
jgn smpai Umat Islam sesama Islam berpecah..
tuduh menuduh..
maki-memaki...
fitnah-memfitnah..
bukan itu yg AGAMA ISLAM kita ajar....

~WALLAHUALAM~


YA ALLAH...doaku hari ini, moga Umat Islam bersatu...
moga hati2 dan mulut2 mereka yg menghina, BERHENTI!!!
DUNIA AKHIR ZAMAN> ingatlah JANJI IBLIS yg ingin melihat HAMBA ALLAH berpecah belah, menyesatkan kita sehingga HARI KIAMAT.

moga ALLAH bukakan hati2 mereka...
diampunkan dosa2 atas khilaf mereka...
aamiin.






Thursday, May 9, 2013

DILEMA WANITA....


Susahnya jadi perempuan.

[1] Bila kahwin awal, orang kata dah gatal sangat nak menikah.

"Eh, anak si polan yang nak menikah tu umur berapa?"

"Baru lepas SPM"

"Ish, dah sangat sangat nak menikah agaknya."

[2] Bila kahwin lewat, orang kata tak laku pula.

"Anak si polan tu belum menikah lagi?"

"A'ah, belum lagi. Umur dah bla bla..."

"Itulah, dulu memilih sangat."

[3] Bila mas kahwin rendah, orang kata 'mesti ada apa-apa'.

"Berapa mas kahwin si polan tu?"

"RM 1000 aje."

"Eh, murahnya. Ni 'mesti ada apa-apa'.

[4] Bila mas kahwin tinggi, orang kata jual anak.

"Berapa mas kahwin si polan?"

"RM 20, 000."

"Mak ai, tingginya. Macam jual anak!"

[5] Bila kerap hamil.

"Orang rumah (isteri) dah sarat, tengah tunggu hari nak bersalin."

"Eh, bukan ke baru lagi bersalin? Nak bersalin pula?"

[6] Bila tak hamil-hamil.

"Eh, belum ada anak lagi ke si polan tu?"

"Belum ada rezeki lagi."

"Mandul agaknya tu."

Subhanallah! Itu salah, ini salah. Serba salah orang perempuan ni ye. Sebab tu mana-mana perempuan yang solat 5 waktu (fardhu), berpuasa (Ramadhan), menjaga kemaluan, mentaati suami maka dia mudah masuk Syurga.

[Ustaz Kazim Elias]

---

Tersenyum.

Mana-mana yang belum menikah, maka taatilah ibu bapa sebagai ganti "suami" di dalam hadith tersebut. InsyaAllah, mudah-mudahan menjadi ahli Syurga biarpun selalu 'serba tak kena' di mata manusia


p/s: kalau kita hidup semata2 takut pada mulut2 manusia yg mengata...rasa2nya kita dh x jadi manusia kot ari ni...  peace  ;)

Sunday, April 21, 2013

16th APRIL 2013


cont....

hari ini hari lahirmu,
hari ini bertambah lagi usiamu,
hari ini akan bertambah jua tanggungjawabmu
hari ini akan menjadikn dirimu lebih mtg,
hari ini akan menjadi saksi ketabahan dirimu mengharungi onak duri,
hari ini Allah memendekkan lagi jarakmu dengannya,
semakin berkurang tempoh untuk beramal,
semakin kubur mempersiap tempat untukmu,
semakin bersedia malaikat maut datang menjemputmu,
semakin dekat masa amalan diperhitung,
dan semakin hampir haruman firdausi atau azab jahanam....

 (FatinNajwa, 16/4, 12:05am)



Ya Allah...
doaku...
semakin bertambahnya usiaku..
semakin bertambah iman dalam diriku..
semakin bertambah sayangku terhadapMU dan RasulMU...
semakin bertambah sayangku kepada kedua ibubapaku, keluargaku, saudara2ku, sahabat2ku, guru2ku....
Ya Allah...
semakin bertambah usiaku...
kau tabahkan hatiku, tambahkan kasih-sayang dalam diriku...
bertambahnya usiaku...
kau berikan yg terbaik untuk diriku...
kau jadikanlah aku hamba yg taat kepada suruhanMU...
hamba yg sayang, taat dan kasih kepada kedua ibubapanya...
yg membahagiakan mereka...
yg sering mendoakan mereka usai solatnya...
jadikan aku anak yg solehah utk kedua ibubapanya...
kau kurniakanlah aku kejayaan dalam setiap perjuanganku..
dalam pelajaranku..dalam setiap apa yg aku lakukan.
kau permudahkan segala urusanku di dunia dan insyaAllah di akhirat kelak..
kau kurniakanlah aku jodoh yg baik...
yg sama2 membimbing dan berjuang keranaMU
insyaAllah...kau jadikanlah aku bakal ibu kepada pejuang2 agamaMU..
Ya Allah...
kurniakanlah yg terbaik buatku, ibubapaku, keluargaku, guruku, sahabat2ku...
kau pelihara mereka disaat aku jauh dari sisi mereka.
moga hati ini sentiasa subur dengan CINTAMU...sentiasa bejuang kearah kebaikan.
Aamiin.


muka 21..hehe. ~promotemilktea~
ps: mood segunung assignment, quizes. proud to be ME..!! boleh dan masih buat rilex je.  =)

16th APRIL 2013

Assalamualaikum W.B.T...
dah lama x update...
dah lebih sebulan....  (^_^)
sibuk dan takde idea nk tulis apa. huhu
tapi entry ni juz nk update sbgai penghargaan buat keluarga dan kawan2 yg wish birthday ari tu.
terima kasih dan aamiin utk semua doa2 drp kamu semua.

16 APRIL...
my BORN DAY!!!
Alhamdulillah...
dah cukup umur 21...
wahhhhh....dah besarrr.
wink2.
kira dah lepas nk kawen kan2...??  =_+
Pertama2nya..
terima kasih utk segala
ucapan selamat...
terharu dengan segala ucapan dan doa drp keluarga, drp kawan2...
hadiah dari kawan2.
the most significant gift from ALONG. <3 br="">
ada yg blnja mkn, bagi eskrem,bagi kek jugak...
syukur sangat2.
murah rezeki hari tu.
terharu kejap. ~lapairmata~ (T_T)

Tapi sedih jugakk..
sbb takde kat rumah masa birthday ni.
kalau tak mesti makan besar ngan family sume.
hurrmmm...
tapi, takpe lah...
ayat2 dlm kad ni...x tau nk ckp pe..  =D
nanti bila2 boleh celebrate jugak kan, x payah tggu hari lahir pn...
call ma n borak lama2 pn dah cukup wlpn hati teringin nk balik, nk pandang wajah mak ayah depan2.

Dalam gembira dan sedih...
ada satu benda yg kte sedar masa tu...
kawan2 yg jarang kte contact, yg jarang dan dh lama x jmpe hantar mesej dgn ucapan selamat...
dengan nasihat dan doanya...
thanks awak2. terharu sangat.
~sengetkepala~ ni siap dgn gmbr lagi..thanks
betul la kata org..
kawan sejati adalah dia yg tak perlu selalu berborak...
yg tak perlu jumpa tiap2 hari..
tapi masih sama2 tahu dan masih jadi 'BFF'...
dan yg pasti dia yg selalu ada dlm hati kita kann....
dia selalu ingat tarikh 16 April ni...
Moga persahabatan kte LILLAHITAALA.
kekal dunia akhirat.....







Wednesday, March 13, 2013

Dia...

Subhanallah...
sungguh..
hati ini tidak merasa rindu..
rasa sayang, jauh sekali..
tapi hati ini menginginkan dia...
menginginkannya menjadi yang halal buatku.
kata ustaz Don..
kalau rindu baca Al-Fatihah.
tekapkan tangan ke dada.
berzikir.
moga dia turut merasa apa yang kita rasa...
sungguh, saat melakukannya..
detak jantung mula kurasa berdetak dengan irama yang tenang...
moga-moga dia turut merasainya.
insyaAllah..
Aku yakin denganNYA.

we try our best..Allah do the rest. <3 td="">


p/s: aku mencari dia, bkn utk dunia, bkn utk sehari, tapi untuk akhiratku, utk selamanya. insyaAllah.
moga sampai masanya Allah temukan kami.

Sunday, March 10, 2013

#words #hurts #cry #Grateful

Awak..
terima kasih atas teguran yang awak berikan..
insyaAllah saya lapangkan hati untuk terima semua tu..
awak yang pertama menegur..
awak menegur tanpa mengenal saya secara 'total'
awak yang pertama buat saya menangis.
buat saya sedar tentang sesuatu.
buat saya sedar dan berfikir..
buat saya kembali muhasabah diri.
sungguh saya menangis bukan kerana kata2 awak menyakitkan hati.
saya menangis kerana teguran awak buat saya sedar tentang sesuatu.
sesuatu yang saya sendiri terlepas pandang.
yang saya kira 'kecil'
Tapi,
satu saya mohon.
jangan salah faham.
jangan fikir yang negatif tentang diri saya.
saya bukan seperti wanita lain.
yang mungkin melakukan sesuatu untuk mengejar penghargaan dunia.
sungguh. itu bukan saya.
saya bukan seperti itu.
hari-hari saya titipkan doa
Moga  Allah kurniakan saya hati yang sentiasa ikhlas & tabah dalam menempuhi cabaran dunia. 



p/s: saya sangat bersyukur bila berada dikalangan sahabat dan mereka yang sentiasa menasihati, menegur, menyedarkan salah dan silap diri. terima kasih kamu semua. <3 p="">


Friday, March 1, 2013

saya melihat..mendengar..menasihati...

saya berkongsi rasa...
saya berkongsi cerita..
walaupun saya tak pernah alami, tak pernah lalui sendiri
apa salahnya???
saya menasihati seolah2 saya alami sendiri situasi itu..
apa salahnya??
bagi saya awak tak perlu alami sendiri semua cerita itu...
kadang2 ilmu bkn hanya dtg dari buku, pengalaman saja..
tapi dari apa yg awak pandang, dari apa yg awak lihat...
bagaimana awak mentafsirkan sesuatu??
itu tugas awak, gunakan akal dan hati..
sbb kdang2 kalau hanya guna mata, awak mungkin silap melihat,
mungkin seterusnya awak silap mentafsir,..
tapi bila wak guna akal dan hati.. insyaAllah..
awak akan melihat sesuatu dengan sebenar2nya.
seterusnya...bila mata hati berjaya mentafsir, moga dengannya//
awak bole jadi pendengar, awak bole jadi penasihat yg baik...
saya tidak warak, saya tidak sempurna..
tapi saya sedang belajar utk semua itu.
saya nasihat, saya ikhlaskan hati..
saya sayang, sbb tu saya nasihat.
sbb utk menjadi penasihat, awak perlu menjadi pendengar yg baik...
sambil mendengar, ambil pengajaran..
sambil menasihat, buat peringatan utk diri sendiri..

~salam Jumaat~
doa saya: "sayang semua sahabat. Moga Allah pelihara hati kita. kukuhkan iman kita, moga sama2 menjadi muslim yg sebenar2nya, moga2 akhirnya Jannah menanti kita pada hari itu. aamiin.
~ moga Allah pelihara hati bakal Imam saya, moga kami sudah bersedia saat bertemu nanti. insyaAllah."

Sunday, February 24, 2013

Done Holiday.


Nasi Lemak Sambal Kerang. Yummy!!
tamat sudah cuti semester 1 sesi 2012/2013
duk kt rumah sgt 'HEAVEN'
tiada tempat terbaik selain rumah..
"BAITI JANNATI"
sgt seronok..
menghabiskan masa dgn mak ayah..
dgn akak, abg..
dgn anak buah.
life is perfect
syukur masih diberi peluang oleh ALLAH menikmati masa2 berharga bersama mereka
bersama insan-insan kesayangan  hamba.
Nasi Dagang. Super Marvellous !!
duk kat rumah...
semua makanan yg rasa mengidam nk makan ~dhmcmorgpregnant~
semua ma masakkan. sedapnyaaaaaa...
dari nasi lemak sambal kerang...
nasi minyak tpi x hujan panas laa...
nasi dagang...
semua sempat rasa sblm balik UIA balik...
bertuahnya dpt rasa semua ni.
nikmat yg tak terhingga...
syukur yg tak terucap..
terima kasih melalui senyuman...
Me, Sister & My Lovely Ma







Mood: kerinduan. nak balik rumah sgt. (T__T)

Tuesday, February 5, 2013

Minggu Pertama di sini.

First week...First month, Second years...


Alhamdulillah..
bermula minggu pertama utk tahun kedua...
mcm x percaya da berjaya tamatkan tahun pertama....
wlpn result x segempak pelajar lainn...x segempak kawan2 lainn...x mampu lagi nk senaraikan diri dekat board Dean List...
tapi tetap bersyukur dgn hasil yg diusahakan sepanjang semester lepas....
mula2 mcm hilang semangat jugak masa check result tu. sbb expect tggi sgt...tapi dapat biasa2 je. skali murung Sehari..hehe.
teruk jugak masa hari hilang semangat tu sampai terpikir n rasa mcm ni...
rasa mcm malassss sgt nk balik UIA balik...terfikir balik. btol ke aku ni mmg ditakdirkan belajar kat sini...
menimba ilmu kat sini...Astaghfirullahalazim, teruknya smpai pikir mcm tu...melayan sgt rasa tu..
tapi rasa tu terubat and mula hilang bila pikir balik dalam2...insyaAllah. aku hamba yg terpilih. utk berada di sini. utk menuntut ilmu di sini. berjumpa dgn insan2 yg hebat di sini.. rasa terubat bila tgk muka mak ayah...dapat inspirasi balikk..hoyeahhh.!!

so berbalik pada mggu pertama:
minggu pertama ni, byk kelas cancel...biasa la minggu pertama kann.
tapi ada lagi satu kelas nk register...tggu lecturer kat kelas..lecturer x masuk lagi..pi kat bilik dia takde...x jenuh lgsg...
harapnya.. dlm minggu ni dpt la selesaikan jugak sume ni...InsyaALLAH.
mggu ni dapat baucer buku. bila da dapat terus p serbu MPH. hehe...tapi guna sekeping je baucer tu utk beli novel satu. n lainnya stationaries..yg bakinya buat beli buku teks utk blaja nanti...

cuti raya cina. mcm confirm je x balik...baru mai uia bape ari, x kn nk balik lagi. redha je la kne duk sini nanti. dah la rindu org kat umah gilerr2 tahap kuasa 3 dah ni..alahaiii..sedihnyaa.... ( T___T )










Monday, January 21, 2013

No "HEART" Feeling

kita kenal..
kita jadi kawan.
ikhlas berkawan dgn awk
tapi saya harap.
awak tak salah faham dgn persahabatan kita.
saya anggap awk mcm kwn saya yg lain-lain.
saya harap jgn ada perasaan selain drp kawan.
saya takut
bila perasaan kawan tu bertukar.
kita mula jadi janggal.
sampai satu masa.
kita da tak boleh jadi kawan mcm dulu-dulu.
saya harap awak faham.  
( ^__^ )

life & appreciation



everything happens for a reason .

people change so that you can learn to let go .

 things go wrong so that you appreciate them when they're right . 

you believes lies so eventually you learn to trust no one but yourself (:



cc: sfs

~hamba makanan~

CUTI>>>CUTI>>CUTI

bila ada kat rumah lama2.
mula jadi hamba makanan.
setiap hari entah byk mana aku sumbat perut ni...
sampai bunsiiittt x hengat dunia..
~haha~
makan nasi entah bape kali sehari.
bangun pagi..
makan makanan berat da.
tengahari..
makan nasi.
petang makan lagi..
malam makan lagi..
aduhaii...
usus aku da start membesar balik.
mcm mne la nk maintain kurus kalau mcm ni cara makannya.
nanti da balik UIA.
jgn la perut buat hal.
sbb waktu mkn mmg x teratur.
kadang mkn. kadang x.
mintak2 sume oke.
Anywayyy....
enjoy this holidayyy.
YAhuuuuuuuuuuu.....



=> seronok cuti, seronok isi perut, seronok tambah lemak...tapi baju org x siap jahit lagi. Ngeri !!  (=__=")

Saturday, January 12, 2013

~TEMANI DAKU....~

 Persahabatan...
antara kamu aku dan mereka...
takkan pernah berakhir.
walau hati kita pernah rasa sakit.
tapi hati-hati ini juga sedang belajar..
belajar erti kesabaran dan erti ketabahan..
mula muhasabah balik baik buruk diri masing2.
cinta pada ALLAH makin utuh.
DIA lah teman saat duka. saat gembira.

mungkin kamu sedang rasa kecewa, rasa tertipu, rasa luka.
aku juga begitu.
mungkin sakit itu lebih teruk dari kamu dan mereka.
kerana diri ini hanya meluahkan rasa sakit itu pada DIA yg SATU.
tapi kamu dan mereka..ada yg sudi mendengar, berkongsi sakit itu...
aku?? mengutip kembali sisa2 ketabahan dan berusaha utk bangkit sendiri.
DIA pinjamkan aku ketabahan, kesabaran dalam menghadapi dugaan yg tak terduga ini.
DIA menemani saat lena dan jagaku.
mendengar setiap keluh kesah hatiku.
mendengar setiap runtun hatiku.
meniup rasa tenang itu ke dalam hatiku.
Alhamdulillah. aku tak pernah rasa sunyi.

Sekarang jarak ini....
mungkin jarak ini adalah yg terbaik buat kita utk sementara waktu.
tapi jarak ini bukan bererti kita takkan jadi seperti dulu.
ingatlah kata2 ku dulu...
sekali aku ungkapkan sayang dlm persahabatan...
ia akan kekal sampai nyawa terpisah dari jasad ini..
mungkin aku berdiam diri.
mungkin aku tak bereaksi utk memulakan bicara utk menamatkan jarak antara kita.
tapi hati ini tak pernah lupa menyebut nama kamu dan mereka.
tak pernah terlupa utk mendoakan kamu dan mereka.
kamu akan sentiasa dihati ini..begitu juga utk mereka.
hati ini telah aku khaskan buat kamu dan mereka.
biarlah aku dipandang tamak.
aku rela andai aku tak rasa kehilangan.
mereka mengungkapkan kata maaf. 
aku terima dgn hati terbuka.
syukur dgn dugaan Allah.
tapi andai tempat aku dulu sudah ada watak baru..
aku tumpang gembira, wlpn jauh di sudut hati aku terkilan.
takpe. mungkin itu yg terbaik antara kita. 
salam beribu kemaafan. 
andai mampu utk aku memaafkan. begitu juga kamu dan mereka.


p/s: mungkin sedikit terkilan kerana keikhlasan diri diragui. namun hati ini tetap utk pertahankan 
persahabatan ini. aku tahu dan aku tak serik. tapi aku hanya melihat kata2 mu, tanpa melihat usahamu. argghhhh. aku letih ( ~_~ ) 
selamat bercuti, jumpa semester depan andai masih sudi utk menjadi seperti dulu.


Friday, January 11, 2013

Kembali.

YA ALLAH....
Hari Jumaat..
moga hari ini menjadi satu permulaan yg baru utk hidup ini.
terlalu penat mengharungi dugaan ini.
terlalu penat utk menangis lagi.
tiada tempat utk berkongsi rasa.
saya tak mampu mencari seseorang yg mampu buat saya yakin dia mampu utk memahami rasa ini.
hanya pada Allah saya curahkan segala rasa.
mungkin org lain bole menjadi tabah dengan sokongan sahabat.
tapi saya dah hilang sume tu.
yang tinggal hanya sahabat yg setia
sentiasa bersama wlpn bukan sentiasa di sisi.
sahabat yg sudah bersusah senang dgn saya bertahun2.
mungkin saya tak sedar.
ada kebahagiaan yang saya tinggalkan utk mencari kebahagian
mereka lebih menghargai saya.
wlpn kadang2 saya terlupa mereka wujud dlm hidup saya.
insyaAllah.
saya akan jadi lebih tabah.
"Innallaha ma'as sobirin."





mood: not feeling well. wanna go home. i'm sick.

Thursday, January 10, 2013

SEKALI LAGI HATI TERLUKA

saya tahu saya bukan kawan yg baik...
tapi saya berusaha utk jadi sahabat yg baik...
saya cuba utk jaga hati semua org...
tapi apa yg saya dapat???
sekali lagi saya berserah pada Allah.
kalau saya diberi pilihan..
saya tak nak berada ditengah2 dua pihak.
saya tak pernah mintak semua ni jadi.
saya nak jaga hati semua org..
tapi apa yg saya dapat??
persahabatan bermula dari Cfs hancur mcm tu je...
seolah2 saya yg dipersalahkan.
itu yg saya rasa.
bila saya diminta utk jujur.
saya cuba.
bila saya diminta utk berjanji.
saya pegang janji tu.
bila diminta utk memberi peluang.
saya bagi.
tapi akhirnya hancur lagi.
bila masalah yg tak pernah selesai antara korg.
saya yg tersepit ditengah2.
terima kasih.
banyak saya belajar skrg ni.
mmg org takkan hargai apa yg kita buat.
tapi saya tahu Allah sayang saya. Allah hargai apa yg saya buat.
takpe. biar sakit tu saya tanggung sendiri.
saya dah terbiasa.
bukan sekali.
dah berkali-kali.
terima kasih sahabat. membuat saya tersenyum, ketawa, belajar utk jadi diri sendiri.
tapi jangan persoalkan Keikhlasan saya lagi.

Tuesday, January 8, 2013

Cinta atau Nafsu??

Cinta awak tu cinta kerana Allah ke cinta nafsu???

SEMALAM....
Mata ni disajikan dgn pemandangan yg kurang enak. 
sepasang manusia yg berlainan jantina..
dengan GAYA dah NIKAH....
duduk sebelah menyebelah...
si Hawa mendekatkan muka ke arah si Adam...
amik bau badan...
sesi si Hawa memujuk si Adam
then si Adam dgn selambanya ckp "jap g kene mandi wajib lagi"
then si Hawa membalas "bkn pempuan pn smpai nk kene mandi wajib tiap2 hari"
ALLAHUAKBAR
Takutnya melihat sesuatu seperti itu..
Takutnya mendengar sesuatu seperti itu...

APAKAH MAKSUD DI SEBALIK KATA2 SI ADAM dan HAWA itu????

Ya Allah...
dorg sedar tak dorg tu ISLAM???
dorg sedar tak apa yg dorg ckp tu???
dorg sedar tak kat mana dorg berada?

dorg tu belum HALAL antara satu sama lain.
wlpn both parents dah restu...
tpi tu bukan tiket utk awak berdua bereaksi mcm tu tau..
yang sangat terkilan sbb mereka berdua dtg dari very islamic' background family.
yg lidah mereka sering basah dgn menghafal ayat2 suci al-Quran
mungkin inilah yg dikatakan CINTA DUNIA
penangan cinta buat dorg buta..mengHALALkan yg HARAM
bila kte ckp kias2 still tak faham tu...
kte sgt harap dorg cepat2 kahwin..
jalan utk halalkan apa saja yg dorg nk buat.
kte sangat takut bila melihat mereka yg dulu teguh imannya..
paling besar menerima dugaan daripada Allah.
ALLAHURABBI...
takut andainya Allah murka...menarik hidayah yg ada pada mereka.
semoga mereka SEDAR & BERTAUBAT. Aamiin.


P/s: HIDAYAH ITU MILIK ALLAH...
BERTAUBATLAH ANDAI TERBABAS DALAM LANGKAHMU...
JANGAN TUNGGU SEHINGGA ALLAH PALINGKAN MUKA DARIPADA KITA DAN TARIK BALIK HIDAYAH TU.!! NAUZUBILLAHIMINZALIK.



Saturday, January 5, 2013

WHAT IS THE "LOVE" ???



WHAT IS THE "LOVE" ???
Love's definition- 
Is combination of emotions, cognition and behaviors that often plays a crucial role in intimate relationship.

ORIGIN??
Western perspective:
No one knows for sure...
Evolutionary- ensuring reproductive success..
Biological- fulfill lust & interpersonal commitment

Islamic perspective:
naturally inborn
gift from Allah to His creation
even for animals
Love towards Allah
Love towards Prophet Muhammad 
Love towards human
Love towards wealth
Lots of Quranic Ayat mentioned about Love.

Friday, January 4, 2013

REZEKI cuti SEMESTER

REZEKI
ALHAMDULILLAH....
semester 2 hampir ke penghujungnya...
Tadi Kak Fatin Aliyyah msj n call.
cakap Roomate dia nk tempah baju...
5 pasang pulak tu.
kte terpikir2, sempat ke nk siapkan dlm masa kurang 3 minggu tu??
Then terus call Ma tanya...
Ma cakap sempat. 
so, kte On je la order tu...
dah rezeki kan..
tergelak je masa cakap  ngan Ma tadi.
ntah pape kan...
syukur la.
so, ada jugak keje cuti nanti..
bertambah duet poket.
( ^____^ )


Mode: petang/ ngantuk/ guruh tanda nk hujan.

Wednesday, January 2, 2013

<< KHABAR ITU >>


SUBHANALLAH…ALHAMDULILLAH….

Alhamdulillah…sbb hari ni da lepas satu paper. Wlpn baru satu paper, terasa sgt kurang beban tu.

Alhamdulillah…sbb hari ni adik kte da masuk 18 tahun. Wlpn kte lupa nk wish awal2 birthday dia sbb bzi study. Sungguh x ingat smpai lah malam buka FB kejap. Then terus call dia. Sorry dik. (^_^)
Tahniah jugak, sbb dah mampu menjadi IMAM JUNIOR family kita, ikut jejak langkah Ayah kita.

Alhamdulillah jugak sbb akak kte call kte tadi…

Tapi berita yg dia bgtau separuh hati gembira, separuh hati sedih.

Berita gembira sbb abang kita dah mampu jadi pembimbing sebuah keluarga. Menjadi IMAM buat anak2nya. Juga buat isterinya…kalau dulu, jujurnya kalau kte cerita bukan lah nk buka aib keluarga sendiri. Demi Allah. Biarlah dijadikan iktibar buat kita hambaNYA. Dulu abg kita amik remeh pasal solat, tampak jelas kurang wibawa utk menjadi seorang KETUA keluarga. Tapi dia x pernah lupakan keluarga, x pernah amik mudah pasal anak2 dia. Cuma yg kita lihat sebelum ni dia kurang mendalami agama dan menggunakan agama utk membentuk sebuah keluarga.

Hari ni kte dengar akak kte yg duk Johor cerita yg abg kita dah mula berubah….Subhanallah, Syukur Alhamdulillah…inilah yg kami semua tunggu2 selama ni. Dia sangat menjaga solatnya…menjaga solat anak2nya. Isterinya….Hari ni dia dah mampu jadi IMAM utk keluarganya….SYUKUR padamu. Kte sampai menangis KESYUKURAN. Inilah hadiah paling bermakna bagi kami semua. Dia sanggup balik rumah dari tempat kerja (kerja ikot shift) waktu subuh semata2 nk kejutkan anak2 utk solat subuh dan dia sendiri solat berjemaah dekat Surau. BAlik tiap waktu solat utk make sure anak2 dah solat ke belom.Then suruh mak kita belikan kain batik n kain pelikat utk dia dan isteri. (kalau lah awak semua boleh rasa apa yg kita rasa skrg nih, YA ALLAH, Bahagia sangat )

Then akak kte yg kt johor tu cakap lagi, kita lahir dalam agama, seburuk mana pn kte, sejahat mana pn kita…bila kita nk cari ERTI SEBENAR KETENANGAN kte akan berbalik semula kepada FITRAH kita sebagai hamba Allah. FITRAH mencari TUHAN sebenar. Dia ckp lagi yg “jangan menghina permulaan seseorang, sebab pengakhiran dia mungkin lebih baik dari kita” ALLAHUAKBAR. Then kte call Ma kte, dia cakap yg Allah akan bagi hidayah kat siapa yg DIA sayang….sekarang kte dah melihat KASIH ALLAH tu….beribu kali ucapan syukur terlahir di dalam hati ni.

TAPI khabar sedih tu sbb penyakit Alzheimer ayah kte dah nampak kesannya….tambahan ayah kte penghidap Diabetes….SEdih sangat. Ayah yg selama ni jadi IMAM buat kami anaknya, menjadi BILAL di masjid…..tiba2 diuji oleh ALLAH. KAmi Redha. Ini lah Kasih Allah kepada hambanya. KAmi sebagai anak InsyaAllah mampu utk menjaganya. Moga Ayah kte kuat utk menunaikan Haji dlm masa terdekat nih….mohon doa kalian. Moga kesihatan ayah kita membaik. KAMi adik beradik sentiasa mendoakan yg terbaik buat ma ngan pak. insyaAllah, dengan ujian yg sedikit ini menambahkan Iman kami semua. Amin.

MODE: bercampur. SEDIH, GEMBIRA  <3 p="p">