birdies

Saturday, January 12, 2013

~TEMANI DAKU....~

 Persahabatan...
antara kamu aku dan mereka...
takkan pernah berakhir.
walau hati kita pernah rasa sakit.
tapi hati-hati ini juga sedang belajar..
belajar erti kesabaran dan erti ketabahan..
mula muhasabah balik baik buruk diri masing2.
cinta pada ALLAH makin utuh.
DIA lah teman saat duka. saat gembira.

mungkin kamu sedang rasa kecewa, rasa tertipu, rasa luka.
aku juga begitu.
mungkin sakit itu lebih teruk dari kamu dan mereka.
kerana diri ini hanya meluahkan rasa sakit itu pada DIA yg SATU.
tapi kamu dan mereka..ada yg sudi mendengar, berkongsi sakit itu...
aku?? mengutip kembali sisa2 ketabahan dan berusaha utk bangkit sendiri.
DIA pinjamkan aku ketabahan, kesabaran dalam menghadapi dugaan yg tak terduga ini.
DIA menemani saat lena dan jagaku.
mendengar setiap keluh kesah hatiku.
mendengar setiap runtun hatiku.
meniup rasa tenang itu ke dalam hatiku.
Alhamdulillah. aku tak pernah rasa sunyi.

Sekarang jarak ini....
mungkin jarak ini adalah yg terbaik buat kita utk sementara waktu.
tapi jarak ini bukan bererti kita takkan jadi seperti dulu.
ingatlah kata2 ku dulu...
sekali aku ungkapkan sayang dlm persahabatan...
ia akan kekal sampai nyawa terpisah dari jasad ini..
mungkin aku berdiam diri.
mungkin aku tak bereaksi utk memulakan bicara utk menamatkan jarak antara kita.
tapi hati ini tak pernah lupa menyebut nama kamu dan mereka.
tak pernah terlupa utk mendoakan kamu dan mereka.
kamu akan sentiasa dihati ini..begitu juga utk mereka.
hati ini telah aku khaskan buat kamu dan mereka.
biarlah aku dipandang tamak.
aku rela andai aku tak rasa kehilangan.
mereka mengungkapkan kata maaf. 
aku terima dgn hati terbuka.
syukur dgn dugaan Allah.
tapi andai tempat aku dulu sudah ada watak baru..
aku tumpang gembira, wlpn jauh di sudut hati aku terkilan.
takpe. mungkin itu yg terbaik antara kita. 
salam beribu kemaafan. 
andai mampu utk aku memaafkan. begitu juga kamu dan mereka.


p/s: mungkin sedikit terkilan kerana keikhlasan diri diragui. namun hati ini tetap utk pertahankan 
persahabatan ini. aku tahu dan aku tak serik. tapi aku hanya melihat kata2 mu, tanpa melihat usahamu. argghhhh. aku letih ( ~_~ ) 
selamat bercuti, jumpa semester depan andai masih sudi utk menjadi seperti dulu.


No comments:

Post a Comment